Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

24 Apr 2008

Saya akan musnahkan Iran jika...

WASHINGTON: Hillary Clinton, yang sedang bersaing untuk menjadi calon parti Demokratik bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, mengancam akan 'memusnahkan' Iran jika ia melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.

Beliau berkata demikian dalam interviu dengan stesen televisyen ABC News yang disiarkan semalam.
'Saya mahu rakyat Iran tahu bahawa jika saya menjadi presiden, kami akan menyerang Iran,' kata Hillary apabila ditanya apa yang akan beliau lakukan sebagai presiden Amerika jika Iran melancarkan serangan nuklear ke atas Israel.

'Dalam masa 10 tahun akan datang, apabila mereka mungkin dengan bodohnya menimbang untuk melancar serangan ke atas Israel, kami akan berupaya memusnahkan sepenuhnya mereka,' katanya lagi.

Kenyataan tegas Hillary itu dibuatnya menjelang undian pendahuluan di Pennsylvania, wilayah penting baginya dalam persaingan dengan Barrack Obama untuk menjadi calon presiden bagi Demokratik.

Hillary perlu meraih kemenangan besar di Pennsylvania untuk membantu beliau mengalahkan Obama, kata para pemerhati.

Kem Obama kelmarin menuduh Hillary cuba menakut-nakutkan pengundi dengan menjalankan kempen iklan menunjukkan imej pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, peristiwa di Pearl Habour, dan bencana taufan di New Orleans.

Tiada ulasan: