Fail Panitia Dan Buku Kelas Membaca dan Menghafaz alquranKKQ 2022

Contoh Soalan KKQ Ting 1-5

MODUL KKQ 2014 TING 3 & 5

MAKDIS

Fail Panitia Dan Buku KKQ

Contoh Head Count dan Perancangan Strategik Pend. Syariah & B.Arab

Kajian Tindakan PAI

18 Apr 2008

Halal Inn jadi kelab pertama bebas pengaruh alkohol di BritainLONDON

'Halal Inn' adalah pub pertama untuk orang Islam di Britain.Persekitarannya sama seperti pub biasa dengan ada snek, meja snuker danmuzik dimainkan sebagai latar belakang, tetapi yang berbeza ialah ia tidakmenghidangkan bir atau sebarang alkohol lain.

Malah, Halal Inn dibukahanya untuk pengunjung yang tidak menggemari minuman beralkohol. Ia dibukaDisember lalu di Oldham dan walaupun perniagaannya tidak begitu laris, ia tetap mendapat sambutan.

Di belakang bar ada minuman ringan dan jus buah-buahan. Sebagai tambahankepada teh dan kopi, pelbagai snek Asia juga tersedia, manakala lagubercorak Islam dimainkan menerusi pembesar suara.

Pengunjung masih bolehbermain snuker, membaling damak atau karom, permainan papan India yanghampir sama dengan permainan billiard. Malah kuiz bertemakan Islam turut dianjurkan.

Pemilik pub yang unik itu, Azizur Rahman dan rakan perniagaannya, MuzahidKhan melihat potensi di tapak bekas kelab malam Westwood Inn itu yangterbiar kosong di pinggir pusat bandar."Penduduk Islam adalah antara kumpulan pengguna terbesar dan merekamemerlukan tempat berehat dan bersosial seperti juga orang lain.

Namun,kehadiran alkohol bermakna kelab malam biasa tidak akan dikunjungi olehmereka yang mengikut ajaran Islam, jadi ini adalah tempat yang sesuaiuntuk mereka."Semakin banyak kelab malam ditutup di seluruh negara dan kami percayamenukar ia kepada kelab malam berunsurkan Islam akan berjaya di mana sajayang mempunyai komuniti Islam yang besar," kata Muzahid.

Walaupun kelab malam itu, seperti banyak versi tradisional Britain lain,jelas dikuasai lelaki, tiada larangan untuk pengunjung wanita. Pelayanbar, Ali Yaris, 44, berkata: "Penduduk tempatan menyokong penubuhan kelabini, walaupun kadangkala ia menyebabkan kekeliruan. Sebagai contoh,seorang lelaki datang pada satu malam dan terus memesan alkohol."Kemudian dia menyedari di sini tidak akan mesin mengepam bir malah botolalkohol pun tidak ada. Kami cuma ketawa.

Saya pasti dia akan ke kelab malam lain."Kelab itu turut memiliki liga snuker sendiri dengan kira-kira 20 pesertamenetapkan matlamat menjadi juara pertama. Seorang pekerja pejabat,Mohammed Ali, 27, berkata beliau menikmati permainan yang menyenangkanselepas kerja."Selalunya ia adalah gabungan ramai orang, tidak semuanya Islam.

Ia memang tempat yang begitu sosial. Ia berbeza dengan kelab malam biasa kerana anda tidak mabuk dan tidak bertindak liar. Saya berasa ia idea yang bijak,"katanya.Seorang pelanggan tetap kelab itu, Abdus Shahid, 29, berkata ia sepertikelab malam lain cuma tidak menjual alkohol.

"Kami ke sini untuk berehat, bermain snuker dan bertemu dengan rakan selepas seharian bekerja. Saya rasa tujuan utama mengunjungi kelab malambiasa ialah untuk minum, tetapi di sini cuma untuk bertemu rakan danberehat," katanya.

Tiada ulasan: